SAPS Ibu Bapa: Semak Keputusan Peperiksaan Online 2018

Ibu bapa atau penjaga kini boleh membuat semakan keputusan peperiksaan secara online melalui sistem SAPS Ibu Bapa.

Antara peperiksaan / ujian yang boleh disemak termasuklah:

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM

Untuk maklumat lanjut tentang SAPS Ibu Bapa, layari https://semakanonline.com/saps-ibu-bapa/

Namun perlu diingatkan peperiksaan umum seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak menggunakan sistem analisis peperiksaan sekolah ini.

Hanya peperiksaan dan ujian bulanan peringkat sekolah sahaja menyokong sistem tersebut.

Sistem ini terbuka untuk ibu bapa pelajar dari Tahun 1 sehinggalah ke Tingkatan 6.

Semak Keputusan Peperiksaan Online

Untuk membuat semakan, pastikan anda mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu. Kemudian barulah anda boleh menggunakan sistem SAPS untuk membuat semakan keputusan peperiksaan secara online.

Sila ikuti langkah-langkah berikut bagi memudahkan anda faham prosedur semakan SAPS Ibu Bapa.

1. Layari https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar atau sijil lahir

3. Pilih negeri kemudian klik “Cari”. Sistem kemudian akan memaparkan senarai sekolah di negeri yang dipilih. Cari nama sekolah anak anda dan pilih sekolah berkenaan.

4. Klik butang “Semak”

5. Klik pada dropdown menu untuk pilih tahun peperiksaan

6. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak

7. Akhir sekali klik “Papar Slip Keputusan”. Ibu bapa juga boleh terus dapatkan info markah peperiksaan dengan memilih “Papar Markah Peperiksaan”.

SAPS Ibu Bapa

Itu sahaja langkah-langkah untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak melalui sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau lebih dikenali sebagai SAPS.

Semoga perkongsian ini memudahkan anda tanpa perlu ke sekolah semata-mata untuk mendapatkan keputusan anak-anak.

Sistem ini juga diharapkan agar memudahkan ibu bapa seperti objektif awalnya. Bukan untuk menambah beban ibu bapa.

Leave a Comment